Sunday 4 January 2015

Kisah Cinta Selepas Nikah 3

Aku mula menggesel-gesel kakiku pada kakinya. Ee..sukanya! Tanpa sedar , aku memeluk tubuhnya yang mengiring menghadap aku itu. Dah tak kisah dah kalau aku kenal dia atau tidak. Malu harus diketepikan kalau tak , sampai bila aku nak berjaga? Argh , bestnya boleh peluk masa tidur. Lama-lama peluk dia , aku jadi makin selesa. Aku mula menyembamkan muka pada dada Fattah. Pelukan juga diketatkan. Kaki juga 'mengunci' kakinya. Good night...suami.

...

Lagu Ariana Grande yang berjudul Break Free itu entah berapa kali aku snooze. Argh , aku mengalah! Apasal badan aku rasa berat ni? Perlahan-lahan aku membuka mata. Eh , aku tak tanggalkan cermin mata ke malam tadi? Takpelah! Eh! Aaaargh!

Kenapa mamat ni peluk aku ni? Kelihatan Fattah memeluk pinggang sambil menyembamkan wajahnya pada perut aku. Aku melihat skrin telefon. Dah pukul 5 pagi. Macam mana nak kejutkan dia ni? Aku mengaru-garu kepala. Rambut yang panjang itu aku sanggul. Rimas lah! Aku mula menjalankan 'operasi' mengejutkan suami.

Rambutnya yang agak tebal itu , aku elus perlahan-lahan. Jasad yang lena itu , sedikit pun tidak terkutik. Alahai , lenanya dia... Tidak semena-mena , satu perasaan menyeledup masuk ke dalam hati. Aku bermain-main dengan telinganya. Aih , tak geli ke? Takkan tidur mati kot?

Aku menghembus nafas pada corong telinganya. Fattah tergerak sedikit. Aku ketawa tanpa bunyi. Seronok pulak boleh kacau orang pagi-pagi buta ni. Namun ketawa tidak bertahan lama apabila pelukannya diketatkan. Bangunlah!!!

"Awak...", aku menggoyangkan bahunya. Senyap. "Awak...", sekali lagi aku menggoyangkan bahunya tapi kali ini lebih kuat. Aku cuba melepaskan diri dari pelukan ketatnya. Hiyyah! Yes , berjaya! Aku berlalu ke bilik air. Mencedok air sejuk menggunakan tangan untuk 'dilumurkan' pada wajah Fattah. SWOOSH!

Fattah mengalihkan posisi tidurnya. Hah? Aku ternganga buat kesekian kalinya. Ni first time aku jumpa orang tidur mati macam ni. Aku naik ke atas katil. Fattah , I am so sorry!

HIYYAH! Aku menendangnya jatuh dari katil. BEDEBUK! Alamak! Aku cepat-cepat turun dari katil. Fattah menggosok-gosok matanya. "That was a good sleep...", aku ketawa sambil menumbuk-numbuk lantai. Gila lah dia ni! Kalau bom meletup maybe dia akan tertukar dengan bunyi ayam berkokok gamaknya.

"Awak , dah lah tu tidur. Bangun mandi. Lepas tu solat.", aku duduk bersila di sebelahnya. Dia masih berselubung di dalam selimut. Ei , kau tau tak nak kejutkan kau tu payah! "Ala , jangan la tidur balik!", aku menggaru kepala. Tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan.

Dia menaikkan kedua-dua belah tangannya dalam keadaan berbaring. Aku tersenyum. Aku menarik tangannya. Satu! Dua! 'Isy , beratnya laki aku ni!', aku menggaru perlahan kepala. Takpe kita cuba sekali lagi. Tiga! Fattah kini sudah berada dalam keadaan melunjur. Aku berdiri di hadapannya lalu menarik tangannya sekuat hati. Huh? DUSH!

Kami jatuh betul-betul di atas katil. Agak jauh jarak kali berdua tika ini. Fattah bangun. Aku turut bangun menuju ke bilik air. Kreek! Aik? Fattah! Jangan lah tidur balik! Aku menuju ke katil semula. "Fattah , bangun la!", aku menggoyangkan bahunya. Tangan Fattah meraih pinggang aku. Eh? Dush! Aku jatuh terbaring di atas katil bersebelahan Fattah. Pelukannya diketatkan dan aku makin lama makin dekat dengan wajah Fattah. 5 inci...4...3...2... If you want it... Argh! Spoil betullah bunyi alarm aku ni! Tak nak langsung , bagi chance dekat aku!

"Dah la awak. Saya nak pergi mandi. Nanti lewat pulak nak solat subuh...", Fattah bangun. Dia yang peluk pinggang kita , nak salahkan kita pulak! Huh , tak kuasa aku! Aku melihat dia mengambil tuala di tempat penyidai tuala. Saat tuala itu disangkutkan pada bahunya. Selepas itu , tangannya beralih pada pinggang seluar. Aku berura-ura untuk menutup mata namun kaget apabila dia memandang ke belakang. "Eh , lupa pulak ada orang! Nak skodeng eh...", dia menggoyang-goyang jari telunjuknya. Aku tersengih. "Tutup mata!", sengihanku mati lalu mata ditutup . "Dah ke belum?", soalku. Senyap.

Chup! Mataku terbuka luas. Jari-jemariku pantas meraba bibir. Teringat kejadian yang berlaku sepantas kilat tadi. Aku merenung tajam wajah Fattah. "Apa yang awak dah buat ni?", marahku. "Cium awak la.", jawabnya senang. Ei , selenganya mamat ni! "Kenapa awak buat macam tu?", soalku lagi. "Saya geram sangat tengok muka isteri saya pagi ni. Eee!", dia mencubit pipiku dan sekali lagi dia mencium bibir. "Aaaa!", jeritanku terhenti apabila dia menekup mulutku. Mataku terbuntang. Suka hati dia...je nak sentuh aku. Tapi , dari segi hukum , benda tu tak salah. Arh , aku belum bersedia lagi. Tapi , kalau aku tak bersedia , takkanlah aku tidur sampai peluk dia semalam. Arh , tak kira! Itu aku. Sekarang ni dia...
"Awak nak mandi dengan saya ke.....awak nak kena cium sekali lagi?", soalnya. Aku menutup mata. Mamat ni memang kejam la. Kedua-dua pilihan akan memalukan aku. Dia melepaskan tangannya yang menekup mulutku. "Dua-dua saya tak nak! Wek!", aku menjelirkan lidah lalu berlalu masuk ke dalam bilik air. Namun aku tidak bernasib baik apabila aku hendak menutup pintu , Fattah menolak pintu. Aku juga menolak pintu sambil memulas tombol pintu. Fattah juga begitu. Praap! Alamak!
"Yes!", sorak Fattah.
"Tidak!", rintihku.

Tombol pintu tercabut! Apalah nasib... Fattah masuk ke dalam bilik air. "Nampaknya , awak memilih untuk mandi bersama saya. Pilihan yang tepat Puan Zia-Ul Laili.", arh , aku benci dengan panggilan Puan! Ianya membuatkan aku rasa tua. Aku baru 22... Aku keluar dari bilik air. "Kenapa Puan? Puan nak buat U-turn ke?", hah? Aku memandangnya pelik.

Chup! Argh , aku benci mamat ni! "Terima kasih kerana membuat pilihan kedua. Selamat bersiram..", kedengaran hilai tawa halusnya. Tidak! Inikah balasan aku! Aku dah nakal! Kenapa aku ditakdirkan untuk berpasangan dengan kau. Wait! Aku terlupa something. Tombol pintu! Macam mana aku nak mandi? Fattah!

....

Aku keluar dari bilik air. Aku memandang pintu bilik air. Aku menggeleng kepala. Nasib baik Fattah keluar dari bilik. Aku kunci pintu bilik dan the room is mine! Aku berlalu ke arah meja solek. Fulamak! Penuh dengan mask la , lip balm , losyen , mist. Apa benda semua ni? Aku membelek satu-persatu. Mamat ni pondan ke apa? Kreek! Hah?

Bunyi apa tu? Aku memegang losyen sebagai langkah berjaga-jaga. Losyen itu , aku halakan ke arah pintu.

posted from Bloggeroid