Tuesday 17 February 2015

Cinta Gila 1

      'Saya suka awak'. Tiga patah perkataan yang mampu membuatkan lidah Humaira kelu. "Hoi , Maira!", Humaira pantas melurutkan dadanya. Terkejut. Namun , dia masih memikirkan tulisan yang ada di atas meja yang ditulis menggunakan whiteboard marker itu. "Maira!". "Ya...", Humaira pantas menjawab. 'Kacau betullah kawan aku yang seorang ni...', bebelnya dalam hati.

       "Huyyo , kau ada secret admirer... Terbaik lah. Tak sia-sia kau 'bersara' jadi budak nerd sekolah. Ada juga yang nak dekat kau ek?", Humaira menjeling. "Aku gigit kepala kau tu Ed , ada yang makan ikut tali pusat balik nanti...", kerusi ditarik dan dia meletakkan beg sekolahnya yang ringan. "Garang lah engkau ni! Macam mana lah ada yang boleh tertangkap cintan dengan kau ni?", Ed duduk bersila di atas meja.

"Garang tak garang! Aku dah kata , jangan sebut pasal nerd! Aku tak suka. Titik!", tegasnya. Ed terdiam.
       "Apasal kau marah sangat bila aku sebut pasal nerd?", soal Ed. "Belum masanya kau tahu.", tegas Humaira lagi. "Ala kau ni. Dengan best friend pon nak berkira...", rajuknya. "Assalmualaikum , cikgu!", suara ketua kelas memberi salam , menghentikan perbualan mereka.

............................................................................................................

"Maira!", suapannya terhenti. "Apa lagi , Ed!", marah Humaira. "Kau ni. Aku tanya sikit , kau dah marah... Tak nak lah kawan dengan kau!", rajuk Ed. "Ala kau ni. Tu pon nak emo...", Humaira meneruskan suapannya. "Tengoklah tu! Hati batu betullah kau ni...", bebel Ed. Humaira mencebik. "Hah , kau nak cakap apa?", soal Humaira.

          "Ada budak baru nak masuk kelas kita.", Humaira mencebik. 'Ada aku kisah?'. "Budak lelaki. Hot gila sampai make-up aku pon cair tengok dia tadi...", bersemangat Ed bercerita. "Takpelah. Aku nak balik kelas dulu Ed. Aku takut kena marah dengan Cikgu Zombi. Bye..", Humaira mengangkat punggungnya dari tempat duduk. Meninggalkan Ed seorang di meja kantin sekolah.

............................................................................................................

             "Assalamualaikum!", ketukan pintu dan salam dari pintu kelas langsung menghentikan pengajaran Cikgu Zarif a.k.a Cikgu Zombi (gelaran tu diberi sebab asal dia mengajar je , semua orang tak faham sebab dia cakap bahasa alien. Tak tahu sebab apa. Mungkin dia pelat kot...). Cikgu Zombi mencekak pinggang.

"Hah , kenapa lambat ni , Zabedah?", soal Cikgu Zombi. Marah. Begitu juga dengan Ed. Dia pantang mendengar orang memanggil nama penuhnya. Katanya , nama itu bersifat kekampungan. Pelajar lain meletuskan tawa. Geli hati mendengar nama penuh Ed. "Saya bawa budak baru , cikgu...", jawab Ed.

              "Ya Allah! Aku lupa nak bawa budak ni naik kelas. Ya Tuhan , terima kesih Zabedah. ", raut wajah Ed bertambah masam. 'Aku dah kata , jangan panggil aku Zabedah. Aku tak suka!!!', hatinya merungut. Geram. "OK , pelajar baru. Sila perkenalkan diri. Ed , pergi tempat duduk kamu.", arah Cikgu Zombi apabila melihat Ed tersengih-sengih memandang pelajar baru itu.
               "Hah , tunggu apa lagi? Perkenalkan diri...", Cikgu Zombi duduk di atas meja guru sambil menyilangkan kakinya. Sebelah tangannya memegang sebatang pembaris yang panjang dan tebal.
                "Hai. Nama saya Aqil.", pelajar lelaki itu senyap seketika.
                "Ala , nak nama penuh...", perangai ulat bulu Ed telah naik daun.
                "Muhammad Aqil Kamil bin Hassan", Humaira menggaru-garu lehernya. 'Aku pernah dengar nama ni. Tapi aku tak ingat dekat mana aku dengar'. "Okay , kamu duduk di sebelah Ed buat sementara waktu. Ed'd be like , 'What?'. 'Yes!', Ed menguntum senyum. 'Eh , budak ni dah habis intro ke? Cepatnya...'. "Humaira!", Humaira mengangkat kepalanya. "Dah sampai ke mana? London? Ke , Zimbabwe? Bangun! Terang dekat depan , apa yang saya ajar tadi.", 'Gulp! Alamak!', Humaira tersengih.

                Humaira menundukkan kepalanya. Kalau dia jawab , confirm orang lain akan labelkan dia budak bijak lagi. Jadi , dia buat keputusan untuk mendiamkan diri sambil merenung mejanya. "Saya tak tahu , cikgu...", perlahan. Cikgu Zombie mendengus. "Aku mengajar , kau fikir pasal bopren.", Humaira mengangkat wajahnya sambil mengetap gigi. 'Aku mana boyfriend..'.

                "Siapa boleh tolong jawab bagi pihak Humaira?", soal Cikgu Zombi. Aqil mengangkat tangan. Selesai soalan itu dijawab , Cikgu Zombi menepuk tangan. "Kamu tengoklah Arid ni..", pelajar memandangnya pelik. "Aqil , cikgu...", pintas Aqil. "Ya. Ya. Arid , ya..", pelajar-pelajar lain menepuk dahi. Aqil tersenyum sahaja. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. "Humaira! Kamu ikutlah perangai Arid ni sikit. Kamu dah banyak berubah sejak tahun lepas. Kenapa , Humaira?", soal Cikgu Zombi.

                 "Cikgu tak berhak tahu.", Humaira melabuhkan kembali punggungnya pada kerusi. Kring! 'Fuh , selamat!', Humaira berasa lega setelah mendengar bunyi loceng yang menandakan waktu rehat. "Baik , dismiss.", Cikgu Zombi keluar dari kelas.

............................................................................................................

"Best , berdiri tadi?", soal Ed. Humaira mengetap gigi. "Senyaplah kau. Aku nak makan ni.", Humaira memberikan jelingan maut. "Boleh saya duduk dekat sini?", Humaira memandang ke arah suara tersebut. Ed tersenyum. "Duduklah Aqil..", Humaira menjeling ke arah Ed. Aqil menarik kerusi di sebelah Humaira. Humaira mempertahankan kerusi tersebut menggunakan kakinya.
                 "Eh , kerusi ni tersekat la.", Aqil menggaru kepalanya.
                 "Kau tak boleh duduk dekat sini..", tegas Humaira.
                 "Apasal saya tak boleh duduk kat sini?", soal Aqil.
                  "Ikut suka saya la.", Humaira menjelir lidah. "Awak duduklah sebelah saya..", Ed menawarkan tempat duduk yang ada di sebelahnya. Aqil akur lalu duduk di sebelah Ed. "Awak , Humaira kan?", Humaira mengangguk perlahan. 'Weirdo...'. "Dulu , ada seorang budak perempuan yang selalu cerita dekat saya pasal awak.", Humaira menggaru-garu tudungnya.
                 
                  "Siapa budak tu?", soal Humaira. "Adik tiri saya...", jawab Aqil sambil tersenyum. Senyuman yang....tak dapat ditafsirkan. "Dah lah. Aku nak naik kelas.", Humaira mengangkat punggungnya dari kerusi. "Awak nak pergi mana? Saya nak ikut!", Aqil turun bangun dari tempat duduknya. "Menyampah lah aku dengan mamat ni", Humaira menjeling.

............................................................................................................

                  Sejak dari hari itu , Aqil selalu membontoti Humaira. "Kenapa kau suka ikut aku , Aqil Kamil!", Humaira menempik. "Saya suka awak!", lembut nada suaranya. Jantung Humaira berdetak laju. Perasaan aneh mula menyeledup masuk ke dalam hati Humaira. 'Perasaan apa ni? Jantung aku rasa...mmm...', lidahnya kelu.