Friday 19 December 2014

Kisah Cinta Selepas Nikah 2

Thanks sebab comment. Nah , sambungan yg ke2. Yang ke3 tgh otw. Sila comment. Semoga korang suka... :-)

............

                 Kelibat dia kelihatan di dapur. Cantik! "Awak!", aku memanggil. Aku membuat isyarat tangan kepadanya agar datang ke arah aku.

"Apa dia?", soalnya. "Awak tolong layan Munir boleh?", pintaku. "Munir? Siapa?", soalnya. Aku menepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa pulak? Dia mana kenal lagi family aku.

    "Ni abang sulung saya. Zia-Ul Farouq. Ni isteri dia , Nurul Farha. Hah , ni anak-anak diorang. Amirul , 10. Umaira , 8. Munir , 6. Hafiz , 5. Ni pulak , abang kedua saya. Zia-Ul Farhan. Ni isteri dia , Siti Nur Maisarah. Ni anak diorang. Qaisarah , 6. Taufiq , 4. Muiz , 1. Ni adik saya , Zia-Ul Faris. Dia on the way nak kahwin.", aku tersenyum. Hehe , habis semua anak beranak aku kumpulkan.

    "Umi pulak macam mana? Tak nak kenalkan ke?", semua orang berpaling ke arah suara tersebut. "This is my dearest mother. Nur Hidayah.", haih , jadi sesi ice breaking la pulak malam ni.

    "Awak pula?", soalku kepadanya. "Saya?", dia menyoalku kembali. Aku mengangguk. Yelah , kaulah! Siapa lagi? Hisy! "Saya Fattah Ramadhani. Call me Fattah. I am 28. You are 6 years younger than me , aren't you?", aku mengangguk.

   "Nama kita macam ada chemistry", ujarku tiba-tiba. "What do you mean by that?", soalnya. "Laili Ramadhani maksudnya malam ramadhan.", dia membulatkan mulut.

    "Zia-Ul Laili membawa maksud malam yang bercahaya. Fattah Ramadhani pulak membawa maksud pembukaan bulan ramadhan. Bila dua-dua digabungkan , ia membawa maksud pembukaan bulan ramadhan pada malam yang bercahaya.. So sweet...", aku memejamkan mata sambil tersenyum.

    "What?", aku membuka mata. Tersedar dari angan-angan. "Nothing...", aku pantas menggeleng kepala. Phew! "Ehem! Syok pulak pengantin baru ni berbual. Takpelah , kita orang bagi ruang untuk korang ya.. Semua , pergi masuk tidur!", Umi memberi arahan.

   
    Umi! Don't go! Macam mana ni? I don't know how to talk to this guy! "Awak , saya masuk bilik dulu lah.", aku menguntumkan senyuman plastik. "Saya pun...", Fattah mengekori aku dari belakang. Apalah nasib... Wait! What am I going to do with my all nonsense habits? Argh! Aku menghentakkan kaki tika berjalan. Fattah hanya menggaru-garu kepala. Pelik!

...
Di dalam bilik

    Fattah membuka baju. Jadi yang ada pada badannya kini hanyalah seluar paras lutut. Aku tergamam. "Kenapa awak buka baju?", soalku. Aku cuba mengawal debaran. Kalau biasanya dup dap dup dap. Kali ni , macam bunyi sniper. Trututututu.. Tu dia! Tak menentu..

    "Dah jadi tabiat", aku mencebik lalu menuju ke bilik air. "Awak tak nak tidur ke?", soalnya. "Saya nak ke tandas sekejap", aku mempamerkan senyuman paksa.

Di dalam tandas...

Laili! What are you going to do? Apa yang akan jadi malam ni , Laili? I know! A disaster! A big one.. Dah bersedia ke aku? Untuk jadi isteri dalam erti kata yang sepenuhnya?

"Cermin! Answer me! What am I suppose to do? I know! I could just sleep in the bath tub!", tapi bila difikirkan semula.. Macam mana kalau cermin ni bercakap? Oo , so the very creepy la! Aku cepat-cepat keluar dari dalam tandas.

    Fuh! Tercungap-cungap aku dibuatnya. Melihatkan Fattah yang memandang aku dengan riak wajah yang pelik , aku ukirkan senyuman plastik. Aku perlahan-lahan menuju ke arah katil.

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah! Kau slowkan lah api nafsu suamiku malam ini , Ya Allah. Amin! Usai sahaja aku berdoa di dalam hati , aku terus naik ke atas katil.

"Awak , saya rasa tidur membelakangkan suami tu , berdosa kan?", aku mendengus. "Ala awak ni , saya tak biasa lagi la. Kita start slow-slow la. Eh?", aku mencebikkan mulut. Fattah menggeleng. Apalah nasib , aku cepat-cepat menukar arah posisi tidur aku yang mengiring. Lampu tidur yang berwarna oren itu , Fattah tutup. Alamak! Aku dah lah takut gelap...

   Tanpa sedar , aku terpeluk tangan sasa Fattah. Nak kata sasa tu , tak adalah. Tapi , bolehlah... "Eh eh , apa ni?", Fattah terjerit kecil. Aku melonggarkan pelukan tanganku perlahan-lahan. "Saja je.. Tak boleh ke saya nak peluk tangan suami saya sendiri?", pfft! Suami? Macam pelik je nak panggil lelaki ni suami.

        "Siapa kata salah? Saya kan suami awak...", aku mencebik perlahan. Mujurlah lampu dah ditutup. Kalau tak... "Ek eleh , saya tak hingin pun nak peluk awak lah!", aku menutup mata. Isy , dekat rumah pun kena buli ke? Sepatutnya disayangi.

30 minit sudah berlalu dan aku masih tak boleh tidur. Aku masa tidur dengan Umi , aku mesti peluk Umi , takpun gesel-gesel kaki Umi baru boleh tidur. Macam mana ni? Hah! Aku membuka lampu tidur. Melihatkan Fattah tidak terjaga dari tidur , aku menarik nafas lega. Niat untuk tidur tergendala sebentar apabila melihatkan wajah Fattah.

         "Alolo...sucinya muka dia masa tidur..", perlahan. Aku meneliti taut wajah bersihnya. Jari telunjuk kananku diletak pada keningnya. Nipis je bulu kening. Jariku selepas itu , diletak pula pada matanya. Mmm , melentiknya bulu mata! Kalah aku! Kemudian mataku jatuh pada hidungnya. Mancung! Dia ni pun putih cuma ada sedikit parut pada pipinya. Jari telunjukku tak semena-mena menari ke arah bibirnya. Gulp! Nampaknya aku gali kubur sendiri ni!

           Aku menggeleng-geleng kepala. Tak boleh! Aku tak boleh buat macam ni. Aku kena tidur. Aku mengiringkan tubuh menghadap Fattah. "Awak , saya pinjam kaki awak eh...", bisikku pada telinganya. Macamlah mamat ni dengar.