Friday 19 December 2014

Kisah Cinta Selepas Nikah 2

Thanks sebab comment. Nah , sambungan yg ke2. Yang ke3 tgh otw. Sila comment. Semoga korang suka... :-)

............

                 Kelibat dia kelihatan di dapur. Cantik! "Awak!", aku memanggil. Aku membuat isyarat tangan kepadanya agar datang ke arah aku.

"Apa dia?", soalnya. "Awak tolong layan Munir boleh?", pintaku. "Munir? Siapa?", soalnya. Aku menepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa pulak? Dia mana kenal lagi family aku.

    "Ni abang sulung saya. Zia-Ul Farouq. Ni isteri dia , Nurul Farha. Hah , ni anak-anak diorang. Amirul , 10. Umaira , 8. Munir , 6. Hafiz , 5. Ni pulak , abang kedua saya. Zia-Ul Farhan. Ni isteri dia , Siti Nur Maisarah. Ni anak diorang. Qaisarah , 6. Taufiq , 4. Muiz , 1. Ni adik saya , Zia-Ul Faris. Dia on the way nak kahwin.", aku tersenyum. Hehe , habis semua anak beranak aku kumpulkan.

    "Umi pulak macam mana? Tak nak kenalkan ke?", semua orang berpaling ke arah suara tersebut. "This is my dearest mother. Nur Hidayah.", haih , jadi sesi ice breaking la pulak malam ni.

    "Awak pula?", soalku kepadanya. "Saya?", dia menyoalku kembali. Aku mengangguk. Yelah , kaulah! Siapa lagi? Hisy! "Saya Fattah Ramadhani. Call me Fattah. I am 28. You are 6 years younger than me , aren't you?", aku mengangguk.

   "Nama kita macam ada chemistry", ujarku tiba-tiba. "What do you mean by that?", soalnya. "Laili Ramadhani maksudnya malam ramadhan.", dia membulatkan mulut.

    "Zia-Ul Laili membawa maksud malam yang bercahaya. Fattah Ramadhani pulak membawa maksud pembukaan bulan ramadhan. Bila dua-dua digabungkan , ia membawa maksud pembukaan bulan ramadhan pada malam yang bercahaya.. So sweet...", aku memejamkan mata sambil tersenyum.

    "What?", aku membuka mata. Tersedar dari angan-angan. "Nothing...", aku pantas menggeleng kepala. Phew! "Ehem! Syok pulak pengantin baru ni berbual. Takpelah , kita orang bagi ruang untuk korang ya.. Semua , pergi masuk tidur!", Umi memberi arahan.

   
    Umi! Don't go! Macam mana ni? I don't know how to talk to this guy! "Awak , saya masuk bilik dulu lah.", aku menguntumkan senyuman plastik. "Saya pun...", Fattah mengekori aku dari belakang. Apalah nasib... Wait! What am I going to do with my all nonsense habits? Argh! Aku menghentakkan kaki tika berjalan. Fattah hanya menggaru-garu kepala. Pelik!

...
Di dalam bilik

    Fattah membuka baju. Jadi yang ada pada badannya kini hanyalah seluar paras lutut. Aku tergamam. "Kenapa awak buka baju?", soalku. Aku cuba mengawal debaran. Kalau biasanya dup dap dup dap. Kali ni , macam bunyi sniper. Trututututu.. Tu dia! Tak menentu..

    "Dah jadi tabiat", aku mencebik lalu menuju ke bilik air. "Awak tak nak tidur ke?", soalnya. "Saya nak ke tandas sekejap", aku mempamerkan senyuman paksa.

Di dalam tandas...

Laili! What are you going to do? Apa yang akan jadi malam ni , Laili? I know! A disaster! A big one.. Dah bersedia ke aku? Untuk jadi isteri dalam erti kata yang sepenuhnya?

"Cermin! Answer me! What am I suppose to do? I know! I could just sleep in the bath tub!", tapi bila difikirkan semula.. Macam mana kalau cermin ni bercakap? Oo , so the very creepy la! Aku cepat-cepat keluar dari dalam tandas.

    Fuh! Tercungap-cungap aku dibuatnya. Melihatkan Fattah yang memandang aku dengan riak wajah yang pelik , aku ukirkan senyuman plastik. Aku perlahan-lahan menuju ke arah katil.

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah! Kau slowkan lah api nafsu suamiku malam ini , Ya Allah. Amin! Usai sahaja aku berdoa di dalam hati , aku terus naik ke atas katil.

"Awak , saya rasa tidur membelakangkan suami tu , berdosa kan?", aku mendengus. "Ala awak ni , saya tak biasa lagi la. Kita start slow-slow la. Eh?", aku mencebikkan mulut. Fattah menggeleng. Apalah nasib , aku cepat-cepat menukar arah posisi tidur aku yang mengiring. Lampu tidur yang berwarna oren itu , Fattah tutup. Alamak! Aku dah lah takut gelap...

   Tanpa sedar , aku terpeluk tangan sasa Fattah. Nak kata sasa tu , tak adalah. Tapi , bolehlah... "Eh eh , apa ni?", Fattah terjerit kecil. Aku melonggarkan pelukan tanganku perlahan-lahan. "Saja je.. Tak boleh ke saya nak peluk tangan suami saya sendiri?", pfft! Suami? Macam pelik je nak panggil lelaki ni suami.

        "Siapa kata salah? Saya kan suami awak...", aku mencebik perlahan. Mujurlah lampu dah ditutup. Kalau tak... "Ek eleh , saya tak hingin pun nak peluk awak lah!", aku menutup mata. Isy , dekat rumah pun kena buli ke? Sepatutnya disayangi.

30 minit sudah berlalu dan aku masih tak boleh tidur. Aku masa tidur dengan Umi , aku mesti peluk Umi , takpun gesel-gesel kaki Umi baru boleh tidur. Macam mana ni? Hah! Aku membuka lampu tidur. Melihatkan Fattah tidak terjaga dari tidur , aku menarik nafas lega. Niat untuk tidur tergendala sebentar apabila melihatkan wajah Fattah.

         "Alolo...sucinya muka dia masa tidur..", perlahan. Aku meneliti taut wajah bersihnya. Jari telunjuk kananku diletak pada keningnya. Nipis je bulu kening. Jariku selepas itu , diletak pula pada matanya. Mmm , melentiknya bulu mata! Kalah aku! Kemudian mataku jatuh pada hidungnya. Mancung! Dia ni pun putih cuma ada sedikit parut pada pipinya. Jari telunjukku tak semena-mena menari ke arah bibirnya. Gulp! Nampaknya aku gali kubur sendiri ni!

           Aku menggeleng-geleng kepala. Tak boleh! Aku tak boleh buat macam ni. Aku kena tidur. Aku mengiringkan tubuh menghadap Fattah. "Awak , saya pinjam kaki awak eh...", bisikku pada telinganya. Macamlah mamat ni dengar.

                   
      

   

Saturday 13 December 2014

Kisah Cinta Selepas Nikah 1

    Mungkin sesetengah orang akan tersenyum melihatkan diri aku sekarang ini sebab mereka pernah lalui apa yang akan aku lalui nanti. Mungkin juga mereka akan mengetawakan aku sebab aku tengah berpeluh sakan sekarang ni.

    Aku.... Aaaaargh! Tension! Aku rasa macam nak berkurung dalam bilik air sekarang jugak! Okay , kita rewind 5 bulan lepas , agar you all faham.

...............

5 BULAN LEPAS...

    "Umi! I'm home!", aku mendepakan tangan. Wuh , leganya boleh balik rumah! "Waalaikumussalam , Laili..", aku hanya tersengih lantas menurunkan tangan ala-ala prebet tengah berdiri tegak gitu...
 
    "Assalamualaikum , Umi..", aku mencium tangan tua Umi. Pintu yang terbuka luas , aku tutup. Tudung yang terletak elok di atas kepala , aku tanggalkan. "Aik , tak menyabar dah? Pergilah naik atas... Mandi..", mulutku lantas memuncung namun kepalaku mengangguk perlahan.

..........

    "Umi , apasal rasa macam ada orang guna bilik Acik?", aku pergi ke dapur. Nak buat apa lagi? Terkam the food la , so my tummy will happy lalala..

    "Tu , minggu lepas Adik bawa balik kawan dia dari luar negara. Tu yang tumpang bilik Acik tu..", aku hanya membulatkan mulut. Dalam hati , usah dikira... Marahlah! Jantan mana yang tidur atas katil aku ni.

    "Manis orangnya. Nurul Islam namanya...", oh , perempuan eh? Aku tersengih sendirian. "Adik ingat nak jadikan Nurul Islam tu isteri dia", mataku terbuntang.

    "Eh , mana boleh!", Allahu Akbar! Kus semangat.. Umi mengusap perlahan dadanya yang terkejut dek jeritanku tadi.

    "Budak tu mualaf. Molek benar lah , kalau Adik boleh bimbing dia nanti...", aku menggeleng kepala berulang kali. "Bukan tu maksud Acik..", aku mengerutkan kening.

    "Habis tu?", aku menarik nafas. Ohoho , malu pulak rasanya nak beritahu Umi.

    "Adik mana boleh langkah bendul...", perlahan. Kedengaran hilai tawa Umi. Hmmph , dah agak dah! "Siapa suruh tak nak kahwin..", aik , macam mengejek je.. Macam perli je...

    "Tipulah kalau Acik kata Acik tak nak kahwin. Cuma , Acik tak ada masa nak cari calon...", aku membuat muka kesian.

    Umi memanaskan mi kari yang ada di bawah tudung saji. Peergh , baunya! Masya-Allah! Masya-rakat! Manyak-sedap!

     Mi kari ada di hadapan mata. Ya ampun , sedapnya! Kecur liur gua. Sa...yang Umi! "Kalau macam tu , biar Umi tolong carikan..", aku pantas mengangguk. Umi cakap apa entah. Lantaklah! Perut diutamakan. Perbualan dikemudiankan.

...............

KEMBALI PADA MASA KINI...

    Menyesalnya aku waktu tu...

    Kalaulah Umi tak hidangkan mi kari tu... Aku takkan jadi macam ni. Yes! And yes! Aku akan jadi isteri orang hari ni. Eh , salah ayat. Aku TERPAKSA menikah hari ni!

    Dan bakal suami aku tu. Mmm , kita kena rewind 3 bulan lepas.

...............

3 BULAN LEPAS...

    "Acik... Umi dah jumpa calon...", Umi menyanyi kecil. Calon? Kejadian apakah yang berlaku sekarang ini?
 
    "Calon? Umi merepek apa ni..", aku mengerutkan kening. Serious , tak faham. "Hari tu , Acik dah setuju. Tak ada! Acik kena terima jugak calon menantu Umi ni. Nah , biodata dia!", keluar dah arahan veto seorang ibu. Sabor je la~
    Aku melihat sekilas kertas putih yang ada di atas meja. Malas lah nak tengok. Nak tak nak kena terima jugak mamat ni. "Yelah. Acik terima je lah mamat ni", muka Umi tampak bercahaya.

    "Betul ke ni? Tak nak tengok ke biodata MAMAT tu...", aku berpaling ke arah Umi. Sengaja je kan , tekan perkataan mamat tu. Suka sangat bagi aku sentap. Tak apa , hati aku tak makan saman. Hati konkrit!

    "Tak nak lah. Lepas-lepas kahwin nanti lah...", aku sekadar berbasa-basi. So sweet , get to know each other lepas kahwin... Lepas tu bercinta. Lepas tu dapat anak. Lepas tu.. Aik , dah melencong jauh ni!

    "Jauh kamu berangan?", aku sekadar tersengih. "Tak apa Umi. Jauh perjalanan , luas pemandangan", pfft! Benda la aku melalut ni!

"Mulut... Cantik betul.", aku tersenyum. "Kalau tak cantik bukan anak Nur Hidayah...", aku membalas. "Hah , tengok lah tu! Ada je ayat yang nak dibalasnya..", suara Umi sudah meninggi sedikit. Apalagi? Cabut la~ Kang tak pasal-pasal , benjol kepala den ni ha..

2 MINGGU KEMUDIAN...

    "Laili! Bangun!", ah , sudah! Umi nak apa lagi ni? "Meh , masuk dapur dengan Umi!", hah? Apakah?

    "Hari ni , ada tetamu nak datang. Kita masak laksa lah..", tapi Umi , anakmu ini masih mahu dibelai mimpi. Best pulak mimpi dengan  Fahrin Ahmad tadi. Potong line la Umi ni!

    Aku bingkas bangun apabila Umi mengugut dia akan merajuk 2 hari kalau aku tak tolong dia. Kebudakan betul lah.

    Aku mengikat rambut yang sudah melebihi paras pinggang. "Kamu tak rimas ke , rambut panjang-panjang?", soal Umi yang muncul entah dari mana.

    "Entahlah. Nanti-nanti la. Hah , cepatlah Umi! Tadi kata nak masak..", aku cepat-cepat mengalih topik. Sebenarnya , malas nak dengar Umi membebel.

..........

Akhirnya , laksa pun siap! Penat tau.. Menyengat rasa mata ni bila asingkan isi ikan tadi. Huhu , badan pun bau macam apa entah sekarang ni...

    "Dah. Jangan buat taik mata dekat sini. Pergi naik atas. Mandi. Lepas tu , pakai baju cantik-cantik , eh?", aku melopong. "But Umi. Ala.. Biar la Acik tidur dekat sini.", aku merayu.

    "Gila ke? Acik nak pergi naik atas atau Umi sumbat kau dalam oven. Hah , pilih!", aku meneguk liur. Apalagi? Naik atas la. Tak pasal-pasal nanti aku jadi arwah.

Aku memilih untuk memakai baju jubah yang mempunyai sedikit sulaman yang berwarna hijau di bahagian bawah jubah dan hujung lengan. Tudung bawal labuh pula berwarna hijau zamrud.

Aku menuju ke bahagian ruang tamu. Bunyi macam ada ramai orang je. "Along! Angah! Bila sampai?", aku menegur abang-abang yang sudah berehat di atas sofa.

    "Baru je. Amboi , senang hati nampak?", Along membalas. Angah mengangguk-angguk kepalanya. "Along...", Along mengangkat kening. "Angah..", Angah juga mengangkat kening.

    "Adik mana?", soalku. "La , ingatkan nak tanya apa tadi..", Angah menggelengkan kepalanya. "Adik ada dekat luar. Kau pergi jaga anak-anak saudara kau. Kakak-kakak ipar kau semua dah hanyut dalam bilik. Tolong eh..", aku mendengus. "Yelah..", senyuman terukir pada bibir mereka.

    "Adik!", aku menuju ke laman rumah. Terlihat susuk seorang wanita di sebelah satu-satunya adikku. "Acik!", adik lelakiku berdiri lantas menyalam tanganku.

    "Siapa tu?", aku berbisik. "Tulah Nurul Islam..", mulutku serta-merta membulat. Dia ke... "Assalamualaikum...", dia bangun lalu menyalam tanganku. Hmm , sopan... Bagus! Salamnya pantas kujawab.

    "Just call me Acik", aku tersenyum. Tudungnya yang sedikit senget itu , aku betulkan. Dia tersenyum manis. "You can call me Nurul or Ally", alahai , cantiknya minah saleh ni.

    "Dah lah tengok dia , Acik..", air muka Adik sudah berubah. "Panjang pulak muncung Adik sayang ni...", aku mula meledakkan tawa.

    "Tak ada masa Acik nak rampas awek Adik. Acik straight lagi ok...". "Acik dah bersedia ke?", soal Adik. "Bersedia apa ni? Is there anything that I didn't know here?", aku mencekakkan pinggang.

    "Acikkan nak jadi tunangan orang hari ni?", keningku mula bercantum. "How come I didn't know this?", aku berlari masuk ke dalam rumah. "Umi!", apabila aku dapati Umi tiada di ruang tamu , aku menuju pula ke dapur.

    Hah , gotcha! "Umi....", aku cuba untuk tidak meninggikan suara. "Hehe , Laili dah tahu eh? Tak marah kan?", aku cuba mengukir senyum. Namun , hampeh! Hanya senyuman plastik aku lemparkan.

    "Kenapa Umi tak bagitahu awal-awal?", aku menyoal Umi yang sedang berehat-rehat di dapur. "Umi takut jadi macam ni lah. Menjerit la , menangis la...", aku mencebik. Mana ada aku macam tu. I'm a matured young lady , ok...

    "Acik Laili , ada orang sampai...", anak saudara sulungku , Amirul memberitahu. Oh My God! What am I suppose to do? "Relaks , Laili. Pergi duduk dalam bilik dengan kakak-kakak ipar kamu..", aku mengangguk.

    "Berdebar ke?", aku berpaling ke arah kakak ipar sulungku. "Gila tak berdebar , Kak Long!", aku membetulkan tudung. "Ni baru bertunang. Belum lagi 2 bulan depan.", Kak Ngah , pula menyampuk.

    "What! How come I didn't know that my wedding will...", lidah aku kelu. Like what? Sampai hati Umi tak bagitahu. Kreek... Pintu dibuka. OMG! Is that my husband-want-to-be?

    Nope! It's just my mother-in-law-want-to-be. Phew! Smile Laili! Smile! Berdasarkan pemerhatian aku , bakal mak mentua aku ni tak adalah teruk sangat. Muka dia pun cantik. Mungkin anaknya pun hensem. Pfft , dalam mimpilah!

    Setelah cincin disarungkan , aku membelek cincin tersebut. Mmm , simple! Cincin belah rotan. "Cantik anak ni.", aku tersenyum manis. Jangan kembang Laili! Jangan kembang! Meletop nanti!

    Apasal mamat tu tak datang tadi? Aku menepuk dahi. Bila masa pulak aku jadi bengap ni? Ni tunang , Laili! Bukannya nikah! Nampak sangat gatal nak kahwin.

...............

KEMBALI PADA MASA KINI...

    "Zia-Ul Laili , adakah kamu sudi untuk menikah dengan pengantin lelaki ini?", aku hanya mengangguk. Perasaan apa ni? Happy , sedih , berdebar. Semuanya bercampur. Tok kadi keluar dari dalam bilik.

    Aku tak tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni. Macam mana rupa  suami aku? Ramai ke yang ada dekat luar? Aku duduk dalam bilik. Bukannya nampak. Umi kata tak manis pengantin perempuan duduk dengan pengantin lelaki. Kreek... Pintu dibuka perlahan. Alamak!

    No! No! Bukan alamak! Tapi SubhanAllah! My husband is a hot guy. Like seriously? Apa aku nak buat ni? Senyum ke? Menangis? Menjerit? Yang aku tahu sekarang ni , cincin kahwin dah tersarung and he is holding my hand!

    "Awak.. Salam tangan saya..", aku bagaikan tersedar. Oops! Aku cepat-cepat menyalam tangan Mr. Hubby. Selesai sahaja menyalam , aku terus menaikkan kepala. "Apa ni , Acik. Chill la. Cium lama sikit.. Nak ambil gambar ni..", Adik sudah mula menyakat. Hisy , terpaksalah!

...

    Argh! Penatnya hari ni! Mujur lah tak buat majlis bersanding kalau tak...memang dah patah riuk tulang aku ni! Aku mencabut tudung. Panaslah! Nanti nak keratlah rambut ni. Menyemak je.

    Aku mencapai tuala lalu dipakaikan pada badan. Segala pakaian yang melekat pada badan dicabut kecuali tuala. Kreek! Huh? Kepala dinaikkan. Cool Laili!

    Tanda peace dinaikkan. "Hai , awak!", senyum ditarik. Dia membalas dengan lambaian. Aku menggaru kepala. "Saya nak pergi mandi. Awak nak ikut?", mulut ditampar. Apa yang aku melalut ni!

    Lelaki itu hanya ketawa kecil. "Takpe , takpe. I'm not ready yet.", aku mencebik. Aku pun sama lah! Aku cepat-cepat masuk ke dalam tandas.

Spoil lah! Baju pulak lupa nak bawa masuk sekali dalam tandas. Aku membuka sedikit pintu tandas. Aik? , mamat tu dah hilang dah? Bagus , bagus.

    Aku menjinjit keluar dari tandas. Persis seorang pencuri. Aku mengunci pintu bilik. Sebagai langkah berjaga-jaga...

Yeah! Dah siap! Aku membuka pintu bilik seluasnya. Rambut panjangku yang masih basah itu , aku bungkuskan dalam tuala. "Dah siap mandi?", langkahku terhenti. Aku mengangguk. "Masuk bilik kejap", hah? Dia nak buat apa?

    "Kunci pintu tu...", aku mengikut semua arahannya. "Meh duk sini", dia menepuk-nepuk tilam. Otakku mencerna kata-katanya. Aku menutup mulut. Astghfirullah Al-Azim , jangan fikir benda mengarut Laili..

    "So... Mmm..", dia menggaru-garu kepalanya. "Nak solat jemaah dengan saya?", dia menyoal. Aku hanya mengangguk. Kelakar seh laki aku ni. Blur nak mampos. Ni sedap ni kalau jadi bahan gurauan aku setiap hari.

    Usai solat maghrib berjemaah , dia mengambil al-quran buat kami berdua. Oho , so sweet! Bacaannya boleh tahan. Tajwidnya cukup-cukup makan. Akhirnya , aku juga yang kena betulkan. Well , nobody's perfect...

    Selepas solat isyak didirikan , aku keluar dari dalam bilik , menuju ke arah ruang tamu tempat family aku biasa berkumpul. Rambut yang panjang aku ikat kuda. "Acik Laili!", ah sudah! Ni mesti nak buli aku ni.

    "Munir sayang nak apa?", aku menyoal anak saudaraku yang berumur enam tahun itu. "Kita main kuda-kuda..", hmmph! Nak suruh aku lah tu jadi kuda. Dia jadi penunggang. Dia dah la gemuk. Sabor je la.